Milk Green Tea Thai Yang Terbaik

Friday, January 08, 2016

Segala jenis air teh memang aku suka terutamanya teh susu. Teh hijau pon suka jugak walaupon rasa dia bukan la sedap sangat.hehe.. Sekarang ni, air teh hijau susu thai memang laku dekat luar sebab rasa dia yang sedap dan bau yang wangi.  Thai green tea ni tak sama dengan matcha green tea okay. Matcha green tea dicipta untuk kesihatan manakala thai green tea pula untuk kesedapan. Memang sedap tak tipu.

serbuk green tea thai
Serbuk green tea thai ni agak kasar bentuk nya, Bau pon wangi tapi ada ditambah sedikit pewarna hijau (aku rasalah). Nak buat pon senang tapi janganlan minum selalu tau. 

Sebab nak gempak, saja2 la buat buih tu. Bagi aku, nak sedap jangan tambah ais, cuma masukkan dalam peti ais bagi sejuk.

Cara-cara buat air teh hijau susu Thai:
  • 1 sudu besar serbuk teh
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 250ml air
  1. Rendam serbuk teh dengan air panas dalam 3 minit dan tapis.
  2. Masukkan gula dan susu. Kemudian tambah ais kalau suka.
  3. Akhir sekali kalau nak sedap, tambah susu cair untuk melemakkan lagi air yang sudah sedia lemak ni.
Kalau rendam lama sangat, boleh jadi pahit sikit tapi aku suka je yang pahit2 dan pekat. Ikut tekak masing2 nak manis ke tak.



Ni la contoh serbuk green tea thai yang femes tu. Buruk dah bentuknya.haha..Mana nak beli?
Boleh tengok di instagram beliau SYANAMA atau whatsapp di 0133205571. Harga cuma RM 13 tidak termasuk kos penghantaran. Kalau nak beli serbuk kopi thai dan serbuk teh buat teh susu pon ada. Cuba jangan tak cuba.

You Might Also Like

0 comments

Recent Comments