Tanam Basil

Thursday, November 05, 2015


Macam poyo bila letak tangan sendiri..haha.. Projek tanam basil ni dah lama sebenarnya. Senang je nak tanam basil guna benih tapi beribu kali senang guna keratan batang. Sebenarnya aku dah stress nak tanam pokok basil. Asal tanam je, anak pokok basil hilang atau kena makan gara2 perosak.

Disebabkan itu, aku cuba selamatkan pokok ni dengan sedaya upaya dengan cara keratan batang sebab benih dah takda.. Ni asal genovese basil tapi daun dia kecik2 je.


Cara tanam basil dengan keratan batang

  • Ambil pucuk muda dalam 8cm. Pendek lagi pon tak kisah.
  • Buang semua daun kecuali 2 helai dekat atas sekali. 
  • Rendam dalam bekas berisi air dan letak tepi tingkap.
  • Dalam 4 hari dah nampak akar..Wohoho..Cepat giler kan.



Inilah bentuk yang dah berakar dan boleh tanam dalam pasu.



Over sangat bila siram air. Orang kata nak siram pokok nie jangan ke daun. Siram ke tanah saja sebab takut daun melecur. Sekarang nie pokok basil dah membesar dan selamat pindah ke pasu yang sesuai.

Baru2 nie aku ada tanam daun pudina yang mak beli kat pasar borong. Yang ni lagi senang.hehe.. Dekat batang pudina macam dah ada akar tumbuh. Maka dengan semangat nya pi la rendam batang pudina banyak2. Dalam beberapa hari akar dah keluar dan dah selamat tanam dalam pasu. yay!!


You Might Also Like

0 comments

Recent Comments